View Article |
Hubungan antara keselamatan pekerja dengan kepuasan kerja di Malaysia: satu tinjauan
Shazwani Mohd Salleh1, Fais Ahmad2, Amer Darus3.
Objektif artikel ini adalah untuk memperkenalkan satu kerangka konsep mengenai hubungan
antara keselamatan pekerja dan kepuasan kerja. Keselamatan pekerja dianggap sebagai
keselamatan daripada bencana, kematian ataupun kerosakan tubuh badan yang berlaku ke atas
seseorang pekerja Tambahan lagi, dalam era hari ini, keselamatan dan kesihatan pekerja tidak
lagi dianggap berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain, justeru itu tempat kerja
yang kurang selamat akan meningkatkan ketidakpuasan kerja dikalangan pekerja. Berdasarkan
tinjauan yang meluas ke atas soroton karya kajian – kajian lepas dan masa kini, sifat hubungan
antara keselamatan pekerja dan kepuasan kerja masih tidak jelas. Kajian – kajian terdahulu
dari pelbagai sektor dan industry mendapati keputusan yang diperolehi adalah bercampur –
campur ,mengenai hubungan tersebut. Kertas kerja ini membuka satu contoh yang boleh
berguna untuk kajian masa depan untuk mengkaji hubungan antara keselamatn pekerja dan
kepuasan kerja, terutamanya kakitangan kumpulan pelaksana bagi badan beruniform di
Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 151 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|