View Article |
Perspektif al-Sunnah terhadap pemberian gaji dan imbuhan kepada guru dan penceramah agama: suatu huraian deskriptif
Azhar Abdul Wahab1, Ishak Suliaman2.
Artikel ini membincangkan tentang satu isu sosio agama iaitu bayaran kepada guru-guru
agama dan penceramah agama dari perspektif al-Sunnah. Hadith-hadith yang membicarakan
tentang pemberian bayaran kepada penceramah agama boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pemberian dalam bentuk gaji tetap dan juga dalam bentuk imbuhan saguhati.
Perbezaan istilah yang digunakan dan juga sumber pemberian samaada dari kerajaan atau
intitusi selain kerajaan mempunyai implikasi yang berbeza dari sudut penentuan hukum
harus atau haram. Hadith-hadith yang membicarakan tentang al-Ujrah (bayaran upah) dalam
bidang pengajaran agama mempunyai dua kesimpulan yang berbeza. Sebahagian hadith
melarang penerimaan sebarang bayaran dan sebahagian hadith yang lain membolehkannya.
Status hadith-hadith ini juga berbeza dari sudut sahih atau tidak yang menyebabkan
perbezaan tafsiran ulama dalam isu pemberian imbuhan ini. Objektif kajian ini ialah
mengupas dan menjelaskan hukum penceramah agama menerima gaji dan imbuhan saguhati
disamping menganalisis faktor keharusan dan tegahan menerima bayaran tersebut. Sumber
al-Sunnah yang dikaji adalah hadith-hadith berkaitan al-Ujrah dari enam buah kitab hadith
yang dikenali sebagai ‘Kutub Sittah’ iaitu Sahīh al- Bukhari, Sahīh Muslim, Sunan Ibn
Majah, Sunan al- Tirmidhī, Sunan Abī Dāwud dan Sunan al- Nasā’ī . Namun ,penulis juga
mengupas hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith selain kutub sittah
sebagai sokongan kepada isu kajian.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 163 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|