Keupayaan mengajar guru-guru bahasa Melayu sekolah menengah
Abdull Shukor Shaari1, Noran Fauziah Yaakob2, Rosna Awang Hashim3.
Keupayaan mengajar merupakan salah satu peramal kepada prestasi kerja guru. Dua dimensi penting bagi keupayaan mengajar ialah pengetahuan asas dan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengukur keupayaan mengajar di kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah menengah dan (2) membandingkan keupayaan mengajar guru-guru ini mengikut jantina, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Kajian korelasi ini menggunakan sebanyak 370 guru mata pelajaran Bahasa Melayu dari 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai keupayaan mengajar yang tinggi tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keupayaan mengajar mengikut jantina, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 379 time(s))