View Article |
Perhubungan antara prinsip-prinsip TQM, kepuasan hati staf, kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar: satu kerangka konseptual
Lim, Kong Teong1, Tang, Swee Mei2.
Objektif artikel ini adalah untuk meneroka saling perhubungan antara prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), kepuasan hati staf, kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Elemen-elemen utama bagi pengurusan kualiti dalam konteks pendidikan dihuraikan secara ringkas, dan satu kerangka konseptual diketengahkan untuk menjelaskan saling perhubungan yang dihipotesis antara prinsip-prinsip TQM, kepuasan hati staf (pelanggan dalaman), kepuasan hati pelajar (pelanggan luaran) dan pencapaian akademik pelajar. Penulis merumuskan bahawa prestasi organisasi pendidikan dalam aspek kepuasan hati staf dan pelajar serta pencapaian akademik pelajar merupakan ukuran yang relevan bagi segala usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, dan menekankan kepentingan kepuasan hati pelanggan dalaman serta luaran sebagai pengantara dalam perhubungan prinsip-prinsip TQM dengan pencapaian akademik pelajar.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 479 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|