View Article |
Kitāb Al-luma‘ Fī Al-radd ‘alā Ahl Al-zaygh Wa Al-bida‘ Karangan Imām Abū Al-ḥasan Al-ash‘arī: Terjemahan Perbahasan Al-qadr
Mohd Haidhar Kamarzaman1, Abdull Rahman Mahmood2, Mohd Faizul Azmi3.
Ketika berakhirnya zaman Salaf, terlalu banyak firqah yang sesat muncul terutamanya dari kelompok Qadariyyah dan Jabariyyah yang membahas isu qadar Allah. Imam al-Ash‘arī lahir sekitar kurun ketiga Hijrah membawa fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membahaskan isu qadar Allah SWT. sehingga beliau telah mengarang kitab al-Luma‘ dan membicarakan isu khusus dalam masalah perbuatan hamba dalam menentang kelompok Qadariyyah dan Jabariyyah. Kajian ini berusaha untuk menterjemah karya al-Luma‘ oleh al-Ash‘arī yang mengambil hanya bab qadar Allah SWT sahaja. Kajian ini juga berusaha untuk memberikan kefahaman terhadap isu qadar Allah menurut perspektif al-Ash‘arī dalam menentang kelompok yang sesat. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data, analisis data yang merangkumi analisis perbandingan, analisis berasaskan sejarah, analisis kandungan, dan metode induktif dan deduktif. Hasil Kajian mendapati bahawa al-Ash‘arī telah merungkai keseluruhan masalah qadar
Allah SWT dalam kitab al-Luma‘ demi memberi
kefahaman kepada masyarakat awam dalam
membasmi ajaran menyeleweng daripada fahaman
Qadariyyah yang menyebabkan timbulnya salah
faham terhadap isu perbuatan hamba. Kajian ini juga
telah menyelesaikan terjemahan satu bab daripada
kitab al-Luma‘ dalam masalah qadar dalam
memperlihatkan pandangan Imam al-Ash‘arī bagi
menjawab hujah kelompok Qadariyyah dan
Jabariyyah dalam isu qadar dan perbuatan hamba.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 227 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|