View Article |
Sumbangan Abu Talib Al-Makki terhadap pembangunan psikologi insan berdasarkan maqamat dalam Qut Al-Qulub
Sharifah Basirah Syed Muhsin1.
Nama sebenar Abu Talib al-Makki ialah Abu Talib Muhammad Ibn ‘Ali Ibn ‘Atiyyah al-Harith al-‘Ajami al-Makki merupakan salah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal khususnya dalam ilmu tasawuf. Ketokohan beliau dalam bidang tersebut telah diakui oleh ramai sarjana dan tokoh Islam antaranya ialah Abu Hamid al-Ghazali. Ini dapat dibuktikan dengan hasil penulisan yang beliau tinggalkan iaitu karya Qut al-Qulub merupakan karya agung dalam bidang tasawuf yang menjadi rujukan utama dalam bidang ini. Karya tersebut banyak menonjolkan elemen-elemen spiritual dan pengalaman kerohanian dalam usaha pembangunan rohani yang dilakarkan secara teratur serta sistematik antaranya ialah perbahasan mengenai konsep maqamat. Secara umumnya maqamat ialah suatu kedudukan atau tingkatan spiritual yang memerlukan usaha untuk mencapai dan berpindah dari satu maqam ke maqam yang lebih tinggi dalam perjalanan kerohanian seorang salik. Kesungguhan dan usaha ini, sebenarnya mengandungi nilai-nilai spiritual yang tinggi dan didapati mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan psikologi manusia. Oleh yang demikian,
makalah ini akan membincangkan serta mengupas
konsep maqamat yang telah dibahaskan oleh Abu
Talib al-Makki dalam kitab Qut al-Qulubnya sebagai
elemen psikoterapi Islam dalam usaha untuk
mambagunkan psikologi insan. Keunggulan psikologi
insan dapat menyumbangkan kepada kebaikan dan
kebahagiaan hidup diri individu, masyarakat dan alam
sekeliling sebagai khalifah di muka bumi ini.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 261 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|