View Article |
Analisis teori paradigma (paradigm theory) Hans Küng dalam kajian agama
Mohd Khairul Naim Che Nordin1.
Kemajuan sains memperlihatkan kelahiran teori saintifik yang dimodifikasi untuk berfungsi memberi penjelasan terhadap fenomena agama dan sosial penganutnya. Antara contoh tersebut ialah berkembangnya teori paradigma yang pada awalnya diperkenalkan oleh Thomas Kuhn untuk bidang sains tabii namun kemudian diduplikasi dengan beberapa perubahan oleh Hans Küng untuk kajian agama. Makalah ini bertujuan menjelaskan teori paradigma agama menurut Küng khusus pada aspek metodologi, kerangka serta ciri-cirinya yang cuba dibezakan dengan apa yang diperkenalkan oleh Kuhn. Melalui metode kualitatif deskriptif melibatkan pendekatan induktif, makalah mendapati teori yang cuba diketengahkan oleh Küng ini memperlihatkan pentafsiran agama pada aspek pensejarahan (historiografi) dan produk budaya seterusnya mengesampingkan aspek kajian yang lebih komprehensif dan konstruktif iaitu kombinasi aspek tekstual, kontekstual dan dogmatik atau kepercayaan sesuatu agama dan pengamalan ajaran penganutnya.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 259 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|