View Article |
المَوضُوعيَّة في دراسة الأديان: إشكالية المفهوم والمصطلح
Mubarak Bawadi, Abdullah Ahmed1.
Makalah ini menyentuh permasalahan konsep
objektiviti dan potensi untuk diaplikasikan menurut
al-Quran al-Karim dan sains sosial serta kemanusiaan.
Ia turut memfokuskan isu asas, prinsip dan
penyelesaian kepada permasalahan objektiviti yang
terkandung dalam kajian agama menurut al-Quran, di
samping membincangkan isu penetapan hukum
syariah. Kajian ini menyenaraikan perspektif syariah
bersumberkan al-Quran yang berkaitan dengan semua
isu tersebut. Perspektif ini akan mematahkan konsep
Barat mengenai maksud sebenar objektiviti, sekaligus
mengkritik metodologi yang digunakan dalam
menjadikan terminologi kontemporari sebagai
sandaran untuk menetapkan keputusan dalam isu-isu
syariah. Kajian ini juga akan mengulas pendapat
tentang pencanggahan objektiviti dengan ideologi,
penetapan hukum-hakam, pemisahan agama daripada
diri, kritikan dan pegangan agama, serta kerelatifan
kebenaran. Tujuan kajian ini dijalankan untuk
menekankan kepentingan menjaga terminologi
syariah dalam membuat keputusan saintifik,
termasuklah istilah objektiviti dan mengelakkan
kesalahan saintifik yang berkaitan dengan istilah
tersebut. Penulis menggunakan pendekatan induktif
untuk mengkaji permasalahan kajian dengan meneliti
artikel-artikel saintifik daripada sumber pemikiran
Islam. Selain itu, penulis turut memilih kaedah kritikan untuk membincangkan beberapa
permasalahan yang berkait dengan persoalan kajian.
Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan pembuktian
kebenaran dan konsep objektiviti dalam kajian agama,
di samping potensi untuk mengaplikasikannya
mengikut aturan yang terdiri daripada asas, prinsip,
dan penetapan hukum syariah.
Affiliation:
- King Khalid University, Saudi Arabia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 245 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|