View Article |
Kesedaran budaya dan tanggungjawab media di Malaysia: satu perbincangan dari perspektif Islam
Siti Suriani Othman1, Wan Mohd Fazrul Azdi2, Fauziah Hassan3.
Budaya meliputi pelbagai aspek yang berbeza seperti makanan, pakaian, percakapan, pergaulan, cara kehidupan, cara berfikir dan sebagainya. Di Malaysia, dengan adanya kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum dan agama memberi peluang kepada kita untuk mempunyai kepelbagaian budaya. Namun, pengalaman mengenai kesedaran budaya di Malaysia masih lagi kurang diamalkan oleh sebilangan masyarakat kita dan buktinya masih ada lagi sesetengah pihak yang tidak mengetahui malah dengan sengaja tidak menghormati budaya orang lain. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas mengenai aspek kesedaran budaya dari sudut sejarah dan memberi pelbagai definisi yang akan menerangkan maksud budaya itu sendiri secara lebih mendalam. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan konsep kesedaran budaya dan keperluan untuk mengamalkannya mengikut perspektif Islam dan bagaimanakah pandangan serta persepsi kesedaran budaya di Malaysia sama ada di kalangan mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Kertas kerja ini juga akan melihat dari aspek penggunaan media sebagai medium untuk memberi kefahaman mengenai kesedaran budaya. Dalam kertas kerja ini juga, para penulis turut sama berkongsi pengalaman bersama mereka yang berlainan budaya dan agama serta telah menilai bagaimanakah tahap penerimaan mereka terhadap budaya kita dan juga sebaliknya.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 284 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|