View Article |
Keberkesanan media mempromosikan Zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan
Sofia Hayati Yusoff1, Rosninawati Hussin2, Fauziah Hassan3, Kasim Ramli4.
Dari sudut kefarduan, zakat dan solat adalah sinonim. Di Malaysia, sekalipun zakat pendapatan telah difatwakan sebagai wajib mengikut jumlah pendapatan, ia belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh. Beberapa kajian lepas menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang berpendapatan tetap masih memilih potongan gaji berjadual (PGB) untuk pembayaran cukai pendapatan berbanding zakat pendapatan. Penyelidik telah menjalankan kajian mengenai peranan media di Malaysia dalam menyuntik kesedaran dan kefahaman kepada kumpulan sasaran mengenai kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan. Kaji selidik bersifat kuantitatif ini adalah bertujuan 1) mengukur keberkesanan media dalam menyalurkan kesedaran terhadap isu ini dan 2) mengukur tahap kefahaman golongan sasaran terhadap kewajipan melunaskan zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan. Sejumlah 500 orang kakitangan awam dalam kalangan kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur disenaraikan sebagai responden terpilih yang menyertai kaji selidik ini. Penyelidik mendapati majoriti responden memperoleh maklumat mengenai kepentingan zakat pendapatan melalui Internet berbanding sumber media yang lain. Manakala media cetak merupakan sumber maklumat utama bagi golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas. Hasil kajian mendapati media elektronik pula merupakan sumber maklumat utama bagi golongan muda dan berpendapatan lebih daripada RM 4000.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 301 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|