View Article |
Identiti profesional pengamal pemulihan kes-kes penyelewengan agama melampau: suatu analisis naratif
Yusmini Md. Yusoff1.
Identiti profesional merupakan suatu entiti yang tidak statik tetapi ia boleh dibentuk dan bersifat fleksibel. Identiti ini berpengaruh dalam mengidenfikasikan siapa diri individu dan bagaimana individu tersebut dilihat oleh mereka yang berada dalam lingkungan profesionalnya. Artikel ini membincangkan tentang nilai personal dan nilai profesional yang menjadi unsur penting dalam pembentukan identiti profesional pengamal pemulihan yang berhadapan dengan pelaku kesalahan berfahaman agama ekstrem. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif exploratory melalui penggunaan teknik temubual mendalam. Seramai lapan informan terdiri daripada pengamal pemulihan Muslim di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Analisis dapatan kualitatif dijalankan secara naratif dan hasil kajian mendapati nilai personal dan profesional mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi siapa diri informan sebagai pengamal pemulihan.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 268 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|