View Article |
Pengurusan dan perlindungan anak tak sah taraf melalui ‘baby hatch’: satu penilaian daripada perspektif Maqasid Syariah dan undang-undang Malaysia
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh1, Nisar Mohammad Ahmad2, Nur Mohammad Hadi Zahalan3.
Penularan budaya perzinaan dalam sesebuah masyarakat akan meruntuhkan institusi kekeluargaan di samping mengkucarkacirkan susur galur keturunan apabila lahirnya anak-anak luar nikah serta tidak sah taraf. Kelahiran anak luar nikah turut menyumbang kepada jenayah pembuangan bayi. Atas dasar inisiatif untuk menyelamatkan bayi dibuang ini, Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) telah melancarkan baby hatch. Bagaimanapun, timbul persoalan adakah baby hatch ini bertepatan dengan kehendak maqasid Syariah dan sejauhmanakah ia berkesan dalam menangani masalah pembuangan bayi, disebabkan terdapat pandangan yang mengatakan kewujudannya hanya menggalakkan lagi masalah zina. Justeru, kajian ini bermatlamat menganalisis penubuhan baby hatch dari perspektif maqasid Syariah dan perundangan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi pendekatan analisis dokumen dan temubual dengan pengendali baby hatch di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun anak tak saf taraf lahir dari perbuatan zina, kelahiran mereka tidak boleh dipersalahkan kerana bayi tersebut tidak berdosa, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya bahkan tetap mempunyai hak untuk hidup. Bahkan, hak mereka untuk hidup itu telah dijamin oleh Islam melalui prinsip „hifzunnafsiā iaitu salah satu perkara asas dalam kemaslahatan mengikut maqasid Syariah. Kajian ini diharapkan mampu memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang isu baby hatch.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 336 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|