View Article |
Pengamalan bentuk-bentuk komunikasi dakwah pendakwah orang asli
Zulkefli Aini1, Abdul Ghafar Don2, Ahmad Irdha Mokhtar3, Nur Husna Damia Nor Sad4.
Artikel ini merupakan kajian yang dilakukan terhadap pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Selangor. Ia melibatkan pendekatan dan kemahiran berkomunikasi yang digunakan dalam menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran dakwah. Sehubungan dengan itu, artikel ini secara khusus adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah ketika berinteraksi dengan Orang Asli. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui temubual separa struktur dengan melibatkan seramai lapan orang pendakwah yang terdiri daripada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Panel Dakwah Muallaf (PDM) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di negeri Selangor sebagai peserta kajian (PK) dan seorang informan kajian untuk ditemu bual. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan kategori hasil dari trankripsi yang lengkap. Kemudian, data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga proses awal yang digunakan oleh para pendakwah dalam membina bentuk-bentuk komunikasi dakwah. Ia melibatkan peringkat permulaan, perancangan dan persediaan bagi memulakan topik perbualan dalam konteks kandungan interaksi semasa berkomunikasi dengan masyarakat Orang Asli. Pendakwah menggunakan bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan ketika berkomunikasi dengan sasaran dakwah. Ketiga-tiga peringkat ini mempengaruhi keberkesanan dakwah yang disampaikan dan memberikan kesan positif dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 372 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|