View Article |
Pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah: perspektif kewangan sebagai faktor pemangkin dalam melanjutkan pengajian di luar negara
Irma Wani Othman1, Hasbullah Awang2, Muhammad Safuan Yusoff3, Herlina Jupiter4.
Dalam usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi
serantau, pengantarabangsaan dilihat sebagai satu pendekatan efisen yang mampu
memperkasakan pengajian tinggi di Malaysia setanding dengan kualiti pendidikan yang
terbaik di dunia. Menurut Washington Accord Standard (2017), Malaysia adalah antara
negara yang menyediakan kos perkhidmatan perbelanjaan dari segi kos kewangan pengajian
yang terendah berbanding Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kos kewangan
ini meliputi kos pengajian, kos perjalanan, kos sara hidup dan sebagainya. Objektif kajian ini
adalah untuk mengkaji dari perspektif kewangan dalam kalangan pelajar antarabangsa
dalam melanjutkan pengajian di luar negara. Oleh itu, pemilihan UMS sebagai destinasi
pengajian adalah dilihat pilihan yang tepat kerana yuran pengajian yang dikenakan
berpatutan, bertujuan bagi memastikan kemampuan pelajar untuk membayar yuran
sepanjang tempoh pengajian. Kebiasaanya kebanyakan daripada pelajar antarabangsa ini
melanjutkan pengajian atas pembiayaan mereka sendiri dan sebahagian besar melanjutkan
pengajian melalui biasiswa yang telah ditawarkan oleh negara masing-masing. Hasil dari perbincangan dalam kertas kertas kerja ini dijangkakan dapat memberi gambaran terhadap
usaha dalam membantu penjanaan ekonomi UMS di samping meningkatkan lagi mutu
akademik dalam kalangan pelajar antarabangsa.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 194 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|