View Article |
Potensi projek tanaman kelapa sawit berskala kecil di daerah Hilir Perak: analisa kepekaan
Syahrul Anuar Ali1, Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai2, Salmy Edawati Yaacob3.
Kos pengeluaran tanaman kelapa sawit telah meningkat dengan ketara, namun
begitu harga buah tandan segar (BTS) tidak pula meningkat dengan ketara. Justeru, kajian
ini dilakukan untuk mengetahui kos pengeluaran terkini tanaman kelapa sawit dikalangan
pekebunkecil sawit persendirian (PKSP) di Mukim Labu Kubong, Mukim Sungai Manik dan
Mukim Changkat Jong, di Daerah Hilir Perak, Perak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
dan maklumat berkaitan kos pengeluaran kelapa sawit diperolehi melalui temubual
bersemuka dengan PKSP, buruh ladang, pengusaha tapak semaian, pengusaha kedai
perkakasan (hardware) dan pengusaha jentolak di Daerah Hilir Perak. Manakala harga BTS
yang digunakan dalam aliran tunai berdasarkan harga sebenar yang ditawarkan oleh orang
tengah kepada PKSP di daerah ini. Kajian ini menggunakan analisa kepekaan untuk menilai
potensi tanaman kelapa sawit berskala kecil yang diusahakan oleh PKSP. Hasil kajian
mendapati nilai NPV sebanyak RM28,331, nilai IRR sebanyak 21.72%, nilai BCR sebanyak
1.51, nilai ROI sebanyak 51% dan tempoh bayar balik selama enam tahun sepuluh bulan.
Analisa ini telah menggunakan kadar terdiskaun sebanyak 10% dan diandaikan harga BTS
RM530/tan konsisten sepanjang 25 tahun. Harga BTS sebanyak RM370/tan merupakan
harga minimum untuk mencapai titik pulang modal dengan andaian faktor-faktor lain tidak
berubah. Kertas ini dapat membantu bakal usahawan tani membuat keputusan sama ada
ingin mengusahakan tanaman kelapa sawit atau tanaman lain di tanah pertanian mereka.
Kertas ini menyediakan maklumat terkini kos pengeluaran penanaman kelapa sawit berskala
kecil dikalangan PKSP.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 229 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|