View Article |
Pendidikan kewangan, tahap literasi kewangan dan hubungannya dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara
Noor Atiqah Ab Talib1, Rusliza Yahaya2, Mohd Abdullah Jusoh3.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara pendidikan kewangan
dengan tahap literasi kewangan serta hubungan antara tahap literasi kewangan dengan
tingkah laku kewangan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 254 orang
usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan di antara pendidikan kewangan dengan tahap
literasi kewangan serta tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan dianalisis
menggunakan statistik inferensi iaitu analisis korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap literasi
kewangan dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara. Pendidikan
kewangan dan tahap literasi kewangan usahawan sememangnya memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi tingkah laku usahawan bagi menjamin kestabilan perniagaan
yang dijalankan. Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kewangan dapat membantu para
usahawan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hal-hal kewangan dalam
menjalankan urusniaga.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 217 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|