View Article |
Program transformasi OKU melalui Edu-Tourism: isu dan cabaran bagi meningkatkan kompetensi keusahawanan dalam kalangan belia OKU
Syahrina Abdullah1, Lily Julienti Abu Bakar2, Armanurah Mohamad3.
Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism merupakan satu program
kerjasama antara UUM, Yayasan EMKAY dan Yayasan Pulau Banding. Program ini melibatkan
pemindahan ilmu daripada akademia UUM kepada rakan industri dan kemudian pihak industri
akan memindahkan ilmu tersebut kepada peserta bagi meningkatkan kemahiran diri, membuka
peluang pekerjaan serta membantu menghadapi dunia pekerjaan sebenar kepada belia OKU di
Malaysia. Seramai 10 orang peserta OKU telah menyertai program ’pioneer’ ini di mana
mereka telah mengikuti 12 modul yang merangkumi modul motivasi, keusahawanan,
pelancongan, pelancongan-eco, pemasaran, kemahiran interpretasi, komunikasi dan
perkomputeran. Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism merupakan program
berimpak tinggi kerana objektif utamanya ialah untuk memperkasakan golongan OKU di
Malaysia dan seterusnya mampu melahirkan generasi OKU yang produktif dan berdaya saing.
Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi
dalam membangunkan kompetensi keusahawanan belia OKU. Selain dari itu, kertas kerja ini
juga ingin meninjau tahap kompetensi diri peserta OKU. Hasil kajian mendapati skor min
keseluruhan kompetensi keusahawanan dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada
tahap sederhana rendah (skor min 2.10) kepada tahap sederhana tinggi (skor min 3.20) selepas
mereka mengikuti Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism. Justeru, diharap program
seperti ini dapat memberi kesedaran dan motivasi diri kepada golongan OKU untuk menceburi
bidang keusahawanan pada masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 163 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|