View Article |
Amalan dan kelangsungan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di Sabah
Zaimah, R1, Sarmila, M.S2, Lyndon, Novel3, Mohd Yusof Hussain4.
Kerajaan Malaysia menggalakkan pekebun kebun kecil sawit melaksanakan
integrasi sawit bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka. Integrasi sawit
merupakan satu kaedah pertanian bersepadu yang menggabungkan tanaman lain dengan
kelapa sawit atau memelihara ternakan dalam kawasan ladang atau kebun sawit. Terdapat
dua jenis integrasi sawit, iaitu integrasi tanaman dan integrasi ternakan. Kajian terdahulu
menunjukkan bahawa integrasi sawit dapat memberikan pendapatan sampingan kepada
pekebun sementara menunggu pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil. Malahan, integrasi
sawit juga mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. Justeru, objektif pertama
kajian ialah mengkaji amalan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit. Objektif
kedua ialah mengkaji sejauh mana amalan integrasi sawit terus dilaksanakan oleh pekebun
setelah pokok sawit mengeluarkan hasil. Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah survey
diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian dilakukan di Sabah dan sampel kajian adalah
pekebun kecil sawit yang mengusahakan integrasi sawit, sama ada integrasi tanaman atau
ternakan ataupun kedua-duanya. Instrumen pengutipan data kajian adalah menggunakan
soal selidik. Seramai 130 pekebun kecil sawit terlibat dalam kajian ini. Secara umum, hasil
kajian menunjukkan terdapat tiga pola amalan integrasi sawit, iaitu integrasi sawit yang
dilaksanakan sendiri, berkongsi dan dilaksanakan oleh pihak lain. Rata-rata pekebun kecil
sawit bersetuju bahawa integrasi sawit mampu meningkatkan pendapatan mereka. Malahan
sebahagian besar pekebun kecil sawit juga berhasrat untuk meneruskan amalan integrasi
sawit pada masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa pekebun kecil sawit sedar akan
kepentingan dan keperluan amalan integrasi sawit dalam meningkatkan pendapatan mereka.
Hakikatnya, integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit perlu dilaksanakan dan
diteruskan oleh semua pekebun kecil sawit.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 179 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|