Metodologi penentuan hukum islam golongan ekstremisme agama: satu pengantar
Muhd Imran Abd Razak1.
Ekstremisme Agama merupakan kelompok yang mentafsirkan agama secara garis
keras. Hasil pentafsiran ini telah menimbulkan konflik dan hubungan yang tidak
harmoni dalam masyarakat Islam. Misalnya, kecenderungan takfir, telah
membuatkan hubungan suami isteri tidak sah, malah menghalalkan darah pihak
lain. Ideologi ini amat merbahaya khususnya dalam konteks masyarakat majmuk
di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang metodologi
golongan aliran ekstremisme agama dalam penentuan hukum Islam. Bagi
mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunapakai metode
kepustakaan sepenuhnya bagi mengumpul literatur kajian. Kemudiannya dianalisis
kandungan secara deduktif bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian
mendapati aliran ekstremisme agama mengaplikasikan pendekatan secara literalis
dan natijahnya hukum yang ditetapkan cenderung keras.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 258 time(s))