Kepentingan imaginasi dan persepsi dalam merekabentuk imej 3D
Mohd Khairulnizam Ramlie1, Hanafi Moh Tahir2, Ahmad Sofiyuddin Mohd Shuib3.
Salah satu subjek yang utama dalam bidang seni lukis & seni reka di Malaysia secara
am nya adalah 3D animation dan 3d modelling. Subjek ini terpakai untuk semua
bidang di dalam fakulti seni lukis & seni reka termasuklah kursus yang di tawarkan
di Universiti Teknologi MARA. Seperti sedia maklum subjek 3d memerlukan
kemahiran visual pada setiap pelajar untuk menghasilkan suatu rekabentuk yang
baik. Untuk menghasilkan suatu rekabentuk yang menarik, pelajar memerlukan
kemahiran kognitif, memori dan persepsi yang baik. Permasalahan yang sering
terjadi adalah apabila pelajar tahun akhir daripada jabatan grafik & media digital
tidak sepenuhnya mahir di dalam aspek tersebut. Dasar kepada kemahiran ini akan
dikaji dan di kenalpasti tentang masa yang sesuai untuk di terapkan dan difahami
sepenuhnya agar masalah dapat diselesaikan ketika pelajar berada di tahun akhir
pembelajaran.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 236 time(s))