View Article |
Peranan elemen seni dalam penterjemahan karya fotografi
Mohammad Firdaus Azm1.
Kehadiran fotografi sekitar 1890-an tatkala Malaya (kini Malaysia) yang masih lagi
dibawah pemerintahan British bukanlah satu halangan untuk bidang fotografi
untuk berkembang hingga ke hari ini. Fotografi ialah satu medium yang boleh
digunakan untuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai unsur seninya yang
tersendiri (Sabki Md. Noh, M. Shariful Hafizal, 2017). Pneghasilan karya dihasilkan
mengikut tatacara teknikal yang memerlukan eksperimentasi berulang kali untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Menekankan unsur atau elemen garisan (line) dalam
penghasilan karya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan kaitan
unsur elemen seni dalam fotograf, tetapi juga memberi fokus dalam penggunaan
elemen corak (pattern). Dalam bentuk hubungan sosial, artis cuba menyampaikan
bahawa ketika melakukan pengambaran, visual perlu sentiasa diambil dengan
berhati-hati agar setiap elemen seni yang di adun dalam penghasilan karya tidak
ditenggelami mahupun lari dari konsep asal. Bagi artis, visual ini adalah satu bual
bicara tentang apa yang dilakukan serta apa yang boleh sampaikan, selain bertujuan
menyedarkan audiens mengenai proses kreatif artis ketika berkarya, yang
menggambarkan maksud yang dipanggil kerja artis yang biasanya menerangkan
bahasa sastera dalam bentuk visual. Dengan peranan fotografi yang juga memberi
kesedaran betapa pentingnya memahami adaptasi elemen seni berbentuk visual.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 222 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|