View Article |
Apakah jenis subjek dan gaya yang telah dibincangkan dalam fatwa dan garis panduan islam?
Ishak Ramli1, Mumtaz Mokhtar2, D'zul Haimi Mohd Zain3, Muhamad Rahimi Osman4, Noorman Masrek5.
Seni visual antara topik yang hangat dan kritikal yang dibincangkan dari perspektif
Islam. Hal ini kerana wujud olahan subjek yang dipilih dilukis dengan pelbagai
kaedah dan cara. Selain itu, gaya yang dipamerkan juga menimbulkan persoalan
tentang hukum dan pandangan yang tidak jelas terhadapnya. Secara jelas, tiada
perbincangan komprehensif yang dijalankan melibatkan kepelbagaian subjek dan
gaya dalam seni visual berdasarkan perkembangan semasa. Oleh yang demikian,
kertas kerja ini bermatlamat untuk meniliti dengan terperinci apakah jenis subjek
dan gaya yang telah dibincangkan dalam fatwa dan garis panduan yang telah wujud.
Berdasarkan kaedah penyusunan sorotan kajian berstruktur dan sistematik,
kesemua fatwa dan garis panduan yang berkaitan dengan seni visual dikenalpasti.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, hasilnya, hanya terdapat beberapa jenis subjek
sahaja yang telah dibincangkan iaitu manusia, haiwan, tumbuhan, simbol agama dan
peralatan ciptaan manusia; dan gaya yang dibincangkan secara keseluruhan hanyalah
pada jenis representasi sahaja. Cadangan kepada penyelidik yang berminat dengan
kajian ini haruslah menjalankan penyelidikan secara terperinci dengan
menggunakan pendekatan kualitatif.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 250 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|