View Article |
Kesalahan khalwat menurut hukum islam dan undang-undang jenayah syariah di Malaysia
Alias Azhar1, Mohammad Azam Hussain2, Muhammad Hafiz Badarulzaman3.
Kesalahan khalwat merupakan satu bentuk kesalahan jenayah syariah yang termaktub
dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan
definisi khalwat menurut perspektif konsep perundangan Islam yang ternyata berbeza tafsirannya
mengikut peruntukan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Seterusnya perbincangan turut
menjelaskan kategori khalwat menurut al-Quran dan al-Hadith. Selain itu, perbincangan berkaitan
perbezaan tafsiran khalwat mengikut enakmen kesalahan jenayah negeri di Malaysia. Kertas kerja ini
menggunakan kaedah kajian kepustakaan iaitu menganalisis dokumen seperti buku-buku, artikel-artikel
dan peruntukan undang-undang dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia.
Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi tafsiran khalwat enakmen kesalahan jenayah
negeri-negeri di Malaysia.. Walaupun berlakunya perbezaan tafsiran tersebut, khalwat masih
dianggap sebagai satu kesalahan jenayah syariah di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 270 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|