View Article |
Pendekatan istinbat fatwa kontemporari terhadap isu-isu fiqh semasa berorientasikan sains dan teknologi
Alias Azhar1, Mohammad Azam Hussain2.
Dinamisme sains dan teknologi (S&T) telah memberi kesan terhadap perubahan
hukum Islam dan autoriti hukum yang turut membuka ruang agar semakan semula hukum
perlu dilakukan. Istinbat fatwa dalam kerangka ijtihad kontemporari amat penting dalam
rangka usaha memberikan jawapan-jawapan hukum yang jelas dan realistik dengan kondisi
semasa. Bagi membentuk landasan konsep dan teori kajian ini, maka rujukan telah dibuat
terhadap bahan-bahan literatur dalam simpanan perpustakaan, dokumen penting dan rasmi
seperti minit mesyuarat, laporan penyelidikan, statistik, dokumen rasmi Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia dan jabatan-jabatan Mufti. Konsep dan definisi fatwa serta hubungan yang
erat antara ijtihad dan fatwa menjadi landasan teori perbincangan artikel ini. Perubahan fatwa
berlaku berdasarkan perubahan masa, tempat, keadaan dan ‘urf implikasi perkembangan sains
dan teknologi. Keperluan asasi yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat Islam secara
menyeluruh ialah keperluan untuk melakukan istinbat fatwa dalam kerangka ijtihad
kontemporari. Keperluan ini bertujuan menjadi syariat Islam bersifat progresif dan mampu
untuk menghadapi isu-isu hukum baru, seterusnya sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan
tempat
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 211 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|