View Article |
Teks prosa Zarzuriyyat Ibn Fakhaar: analisa korpus bertema berdasarkan teori medan makna
Hishomudin Ahmad1, Norfarhana Abdul Ghafar2, Munjid Mustafa Bahjat3.
Kajian korpus merupakan salah satu sub-bidang dalam pengajian linguistik yang
banyak digunakan dalam pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Arab. Namun begitu, kajian
korpus bahasa Arab mempunyai cabarannya tersendiri. Ini kerana Bahasa Arab terbahagi
kepada tiga jenis utama, iaitu bahasa Arab moden, bahasa Arab klasik dan juga dialek-dialek
yang terdapat di Timur Tengah. Terdapat beberapa kajian korpus berkomputeran telah
dilakukan dalam mengkaji bahasa al-Quran, namun kajian korpus bertema berdasarkan Teori
Medan Makna masih belum dipelopori secara komprehesif. Oleh itu kajian ini menumpukan
analisa korpus bertema yang diaplikasikan dalam satu teks prosa Arab. Kajian ini
menggunakan data sekunder, iaitu teks prosa Zarzuriyyat Ibn Fakhar. Ia melibatkan dua fasa
kajian, iaitu: analisa korpus dan analisa berstruktur dengan menggabungkan hubungan antara
perkataan mengikut teori medan makna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks ini
mempunyai dua tema utama, iaitu manusia dermawan dan burung Zarzuur yang saling berkait
antara satu sama lain melalui antonim. Dalam memerihalkan perwatakan manusia dermawan
tersebut Ibn Fakhaar menggunakan satu hubungan antara perkataan sahaja, iaitu meronim,
sementara untuk watak burung Zarzuur penulis menggunakan lima hubungan antara
perkataan, iaitu polisem, hipernim, hiponim, holonim dan meronim. Kajian ini dapat
membuktikan bahawa analisa korpus bertema yang berasaskan gabungan kajian korpus dan
Teori Medan Makna dapat membantu dalam pemahaman teks sastera secara mudah.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 210 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|