View Article |
Ad-dhoror yuzal sebagai asas penggunaan PGD bagi menyaring penyakit-penyakit genetik
Makiah Tussaripah Jamil1, Haniwarda Yaakob2.
Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) merupakan satu teknologi yang
membolehkan embrio disaring untuk mengesan sebarang kerosakan genetik atau ciri penyakit
genetik pada embrio sebelum proses implantasi dilakukan. Sehingga kini, yang wujud hanyalah
garis panduan umum berkenaan penggunaan PGD terutama bagi tujuan penyaringan
penyakit-penyakit genetik yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.
Pengetahuan dan pemahaman berkenaan teknologi PGD juga masih agak rendah dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Tujuan penulisan ini adalah menjelaskan berkenaan
konsep teknologi PGD dengan mengambil kira prinsip asas yang ditetapkankan oleh Islam.
Kajian ini mengaplikasi metode kaedah kualitatif dan kepustakaan dengan meneliti konsep
maqasid syariah dan kaedah fikah Islam yang berkaitan dengan konsep PGD dan penyaringan
penyakit-penyakit genetik. Pemeliharaan nyawa dan kehidupan manusia adalah merupakan
salah satu daripada maqasid syariah yang digariskan dalam Islam. Tuntutan maqasid ini
kemudiannya dipandu dan didasari oleh satu kaedah fikah Islam yang bertepatan dengan
penggunaan teknologi PGD bagi tujuan penyaringan penyakit-penyakit genetik pada masa
kini. Kaedah fikah Islam yang dimaksudkan ialah kaedah ad-dhoror yuzal. Kaedah ini
membawa maksud bahawa sekiranya wujud kemudaratan maka perlu dihindari. Dalam konteks
dan tujuan penyaringan penyakit-penyakit genetik yang boleh membawa kepada kemudaratan,
adaptasi kaedah fikah Islam ini adalah amat bertepatan dan tidak menyalahi kehendak syarak.
Prinsip ini kemudiannya menjadi asas dan panduan dalam menentukan peraturan dan undangundang
yang perlu digunakan bagi menyelia dan memastikan penggunaan teknologi tersebut
tidak disalah gunakan bagi tujuan yang menyalahi syarak atau memudaratkan manusia.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 212 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|