View Article |
Keberkesanan ceramah zakat dan kesannya terhadap tingkat kefahaman dan amalan pembayaran zakat perniagaan: kajian di daerah Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin1, Hairunnizam Wahid2, Mohd Ali Mohd Noor3, Abdul Halim Abu Bakar4.
Sekilas pandang kutipan zakat yang telah dibuat hari ini, kita dapati zakat perniagaan
berpotensi untuk mencapai kutipan tertinggi berbanding zakat harta yang lain. Data statistik
pada tahun 2016 menunjukkan peningkatan jumlah pembayar zakat dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, jumlah kutipan keseluruhan dana zakat masih di tahap yang rendah
berdasarkan pihak Lembaga Zakat Selangor. Rentetan itu, kajian ini cuba mengkaji kualiti
ceramah zakat dengan melihat analisis jurang antara persepsi dan jangkaan usahawan di
daerah Sepang. Seterusnya untuk melihat perbezaan analisis jurang antara persepsi usahawan
yang pernah membayar zakat perniagaan dan usahawan yang tidak pernah membayar zakat
perniagaan sebelum ini dengan jangkaan mereka terhadap ceramah yang disampaikan. Data
dianalisis dengan menggunakan SPSS untuk mengkaji model SERVQUAL sebagai pengukur
kepada beberapa faktor iaitu tahap kefahaman, peranan institusi zakat, penguatkuasaan
undang-undang dan fatwa, kualiti penyampaian ceramah, daya tarikan dan kemahiran
kaunseling penceramah serta kemudahan yang disediakan sepanjang sesi ceramah
berdasarkan 57 borang soal selidik yang diedarkan kepada usahawan di Sepang, Selangor.
Keputusan menunjukkan tahap kefahaman merupakan faktor pengukur yang mempengaruhi keberkesanan ceramah zakat perniagaan dalam kalangan usahawan. Cadangan dan implikasi
dasar juga dibincangkan dalam kajian ini.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 191 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|