View Article |
Strategi perlaksanaan wasiat yang efektif di Malaysia
Ain’Noor Liyana Mat Johan1, Aminah Mohsin2, Siti Radiaton Adawiyah Zakaria3, Mohd Shahril Abdul Rahman4, Ainur Zaireen Zainudin5, Norhidayah Md. Yunus6, Farah Zaini7, Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad8.
Wasiat merupakan salah satu kaedah yang sangat dituntut dalam Islam bagi
menguruskan harta pusaka. Proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah sekiranya
si mati meninggalkan wasiat. Walaubagaimanapun, konsep wasiat yang sebenar perlulah
difahami oleh pembuat, penerima dan pemegang amanah agar pengurusan wasiat dapat
dilaksanakan dengan lancar. Perlaksanaan dan pengurusan wasiat di Malaysia mempunyai
pelbagai isu dan masalah hasil daripada ketidakfahaman masyarakat atau pemegang amanah
itu sendiri mengenai konsep dan hukum wasiat. Kesannya, harta pusaka berwasiat terpaksa
dibekukan kerana terdapat urusan-urusan dokumentasi yang tidak sah dan tidak sempurna.
Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji strategi yang perlu dilaksanakan bagi
menyelesaikan isu dan masalah yang timbul agar pengurusan wasiat menjadi lebih efektif.
Bagi mencapai objektif tersebut, reka bentuk penyelidikan kualitatif diaplikasi. Data sekunder
telah diekstrak dari laporan tahunan, jurnal dan buku teks berkaitan. Data primer diperolehi
melalui temu bual bersemuka yang telah dijalankan dengan menggunakan soalan separa
berstruktur. Data primer dan sekunder kemudiannya dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa strategi
yang boleh dipraktikkan bagi penambahbaikan pengurusan harta pusaka berwasiat yang di
Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 202 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|