View Article |
Faktor sosial yang mempengaruhi keputusan pelajar antarabangsa dalam pemilihan destinasi pengajian: kajian kes di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Irma Wani Othman1, Herlina Jupiter2, Abu Bakar Abdul Hamid3, Muhammad Safuanyusoff4, Hasbullah Awang5.
Pemilihan destinasi pengajian pelajar antarabangsa ke luar negara telah
dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam pelbagai aspek antaranya termasuklah sosial,
ekonomi, politik, tren dan sebagainya. Kajian ini memberi penumpuan terhadap faktor-faktor
dalam aspek sosial yang dapat mempengaruhi keputusan pelajar antarabangsa untuk belajar
di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan memilih destinasi pengajian yang tepat dan
bersesuaian bagi mereka. Objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini ialah
mengenalpasti faktor-faktor sosial yang mempengaruhi keputusan pemilihan UMS sebagai
destinasi pengajian pelajar antarabangsa. Perbincangan isu-isu dalam kertas kerja ini
diperoleh dari hasil temu bual mendalam 20 orang responden kajian yang secara sukarela
turut terlibat dalam perbincangan fokus berkumpulan. Secara keseluruhannya, kajian ini
menyumbang kepada peningkatan pemahaman tentang faktor sosial yang juga merupakan
faktor dominan yang berpengaruh dalam pemilihan destinasi pengajian pelajar
antarabangsa. Pengetahuan ini juga menjadi kunci dalam usaha memformulasikan
komunikasi efektif dan strategi rekrutmen pelajar antarabangsa bukan sahaja di UMS tetapi
di Institusi Pengajian Tinggi secara amnya.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 195 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|