View Article |
Prestasi tanaman padi di Malaysia
Noorfazreen Mohd Aris1, Mohd Faizal P.Rameli2, Norizah Mohamed @ Haji Daud3, Sharipah Amirah Haji Abas4, Norajila Che Man5.
Tanaman padi menjadi komoditi makanan penting di Malaysia. Bagi menunjukkan
keprihatinan terhadapnya, kerajaan telah melaksanakan Dasar bermula dengan Dasar
Pertanian Negara Pertama (DPN1) pada tahun 1984, seterusnya tahun 1992, Dasar Pertanian
Negara Kedua (DPN2), Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) pada tahun 1998, Dasar
Jaminan Bekalan Makanan Negara (DJBM) pada 2008 dan 2011 hingga kini, Dasar
Agromakanan Negara (DAN). Ketidakcukupan makanan utama ini akan menyebabkan
kekurangan makanan dalam negara sehingga memerlukan negara mengimport dari negara
luar. Kajian ini menumpukan kepada pengeluaran padi dalam tempoh dasar-dasar tersebut
dijalankan iaitu 1984-2015. Kajian kualitatif ini dilaksanakan menggunakan pendekatan
kajian perpustakaan untuk mengumpul data. Beberapa bahan perpustakaan telah digunakan
sebagai rujukan termasuk Rancangan Malaysia Kelima hingga kesebelas, DPN1-3 dan
Laporan Ekonomi. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data.
Hasil kajian mendapati perkembangan tanaman padi menunjukkan peningkatan tetapi masih
belum mencukupi untuk keperluan negara dan kebergantungan kepada import.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 209 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|