View Article |
Kriteria Penilaian Pasca Menduduki (Poe) bagi pusat-pusat kesihatan universiti awam dan swasta: perspektif pengguna
Fatin Nor Liyana Mohd Azmi1, Mohd Shahril Abdul Rahman2, Noorsidi Aizuddin Mat Noor3, Siti Radiaton Adawiyah Zakaria4, Aminah Mohsin5.
Pusat Kesihatan Universiti adalah salah satu fasiliti sokongan yang penting kepada
pelajar. Untuk itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti kriteria yang diperlukan dalam
mengukur prestasi pusat kesihatan di universiti awam dan swasta menggunakan Penilaian
Pasca Menduduki (POE). Sorotan karya dilakukan bagi mengetahui kriteria-kriteria berkaitan.
Kriteria-kriteria tersebut kemudiannya digunakan dalam soal selidik yang diedarkan kepada
pengguna pusat kesihatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Asian Institute of
Medical, Science, and Technology University (AIMST University). Data dianalisis
menggunakan analisis skor purata dan analisis kekerapan. Dapatan menunjukkan terdapat
lapan kriteria. Daripada itu, aspek keselesaan menjadi kriteria utama yang dipilih sebagai
sangat penting bagi responden daripada kedua-dua universiti. Dapatan kajian boleh
digunakan untuk pengukuran prestasi dan penyediaan kemudahan pusat kesihatan di
universiti, yang boleh dibuat mengikut kriteria yang ditemukan daripada kajian ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 202 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|