View Article |
Melihat potensi kajian sejarah dalam catatan Wan Yahya bin Wan Mohd Taib mengenai misi kerja haji tahun 1914
Mohd Kasri Saidon1, Ishak Saat2.
Kertas kerja ini memberikan fokus tentang catatan peribadi seorang pembesar negeri
Kedah bernama Dato’ Hj Wan Yahya bin Wan Mohd Taib tentang perjalanan beliau ke tanah
suci. Catatan ini adalah yang pertama di Kedah ditulis tentang proses dan kembaraan
mengerjakan haji. Tulisan beliau bersifat naratif namun terdapat beberapa aspek yang
disentuh secara analatikal. Catatan beliau dilihat lebih sempurna dan menyeluruh dari tulisan
Abdullah Munshi. Jika disandarkan kepada huraian perjalanan yang agak terperinci dalam
penulisan catatan perjalanan kerja haji hanya dua penulisan ini sahaja dilihat agak lengkap.
Wan Yahya mengupas secara lebih berfokus tentang proses awal mengerjakan haji dan
kemudiannya memberikan pengkisahan serta komen beliau dalam urusan seterusnya dari
pelayaran sehingga ke tanah suci. Catatan yang beliau tulis ini merupakan satu potensi yang
baik bagi pengkajian lebih lanjut untuk ahli sejarah, bukan hanya di Malaysia malah catatan
ini juga bernilai bagi pihak Arab Saudi. Banyak perkara yang disentuh beliau kini sudah
menjadi sejarah dan berpandukan apa yang tercatat bakal menjadi modal penjanaan kajian
yang lebih meluas.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 189 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|