View Article |
Bai’ al-sarf dalam pertukaran asing: analisis maqasid syariah
Wan Norhaniza Wan Hasan1.
Kajian ini bertujuan menganalisis bai’ al-sarf dalam pertukaran asing berdasarkan
pendapat maqasid syariah. Wang berfungsi sebagai medium perantara yang diterima umum
dan perundangan. Keupayaan yang terdapat pada wang ini menyebabkan wang dianggap
sebagai satu keperluan daruriyyah. Atas sebab ini, amalan urusniaga jual beli mata wang
diharuskan oleh ulama'. Kontrak yang terlibat dalam urus niaga melibatkan pertukaran wang
sama ada sama jenis ataupun berbeza disebut sebagai bai’ al-sarf. Salah satu syarat terpenting
dalam pelaksanaan kontrak bai’ al-sarf ialah urusniaga hanya untuk urusniaga hanya boleh
dilakukan secara lani. Keadaan ini menyebabkan wujud kekangan bagi urusniaga yang
berlangsung pada masa hadapan. Kajian ini mengkaji isu di atas secara kualitatif terhadap
data sekunder yang terdiri daripada bahan bertulis berhubung kontrak bai’ al-sarf dalam
urusniaga dan pertukaran mata wang serta maqasid syariah untuk mengenal pasti konsep
dalam kontrak bai’ al’sarf seterusnya menganalisis amalan kontrak bai’ al-sarf dalam
pertukaran asing menurut maqasid syariah. Didapati bahawa bagi memenuhi keperluan
maslahah dan menolak mafsadah yang lebih besar dalam maqasid syariah, pertukaran asing
boleh menggunakan kontrak lain sebagai mekanisme lindung nilai dengan mematuhi prinsip
jual beli menurut syariah melalui instrumen derivatif patuh syariah seperti Islamic FX
forward, Islamic FX option dan Islamic FX swap dengan menggunakan kontrak dan prinsip
lain yang menepati kehendak syariah.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 258 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|