View Article |
Corak tingkah laku pembangunan potensi diri belia dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia
Yasmin Yaccob1, Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim2.
Pada peringkat umur belia, mereka secara psikologi mempunyai kekuatan diri masing-masing yang
mana kekuatan tersebut akan terserlah pada akhirnya dan digarap sebagai komponen yang
menyumbang kepada potensi diri. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) merupakan
program pembangunan diri yang menyediakan diri belia menghadapi cabaran ke arah mencapai potensi
diri alam remaja dan dewasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai konstruk psikologi sosial
iaitu sikap sebagai elemen pembangunan potensi diri belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan
Muda (ARP) berdasarkan Teori Tingkah Laku Berencana sebagai model kajian. Seterusnya,
mengadaptasi keperluan psikologi sosial yang berlandaskan kepada teori dan model pembangunan
potensi belia sejajar dengan keperluan belia sekarang. Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan
telah menyokong dapatan kajian ini. Teori Tingkah Laku Berencana (TPB) telah digunakan secara
meluas di dalam pelbagai kajian bagi meramalkan tingkah laku (Connere, Jones & Berg, 2010) dalam
populasi termasuk di kalangan belia (Baker & White, 2010). Anteseden tingkah laku berencana kajian
ini memfokuskan kepada pembentuan sikap dalam tingkah laku belia. Kajian ini mempunyai implikasi
yang penting kepada teoritikal, praktikal dan dasar ke arah program pembangunan potensi diri belia.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 143 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|