View Article |
Reka cipta sistem bilangan perpuluhan Malayonesia dalam bahasa Melayu mendahului sistem bilangan perpuluhan dalam bahasa Inggeris
Shaharir Mohamad Zain1, Zahrin Affandi Mohd2.
Tamadun Malayonesia yang sarjananya menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengungkap kecendekiawanannya, terutama pada zaman Islam masih belum diiktiraf
kewujudannya oleh sarjana Barat kerana ketiadaan bukti pencapaiannya yang tinggi
dalam sains dan teknologi. Dalam usaha membaiki keadaan ini, penyelidikan dan
ekskavasi ilmu dilakukan sejak 1990-an bagi memperoleh unsur sains yang asli
dalam bahasa Melayu dan terkehadapan daripada bangsa lain yang sezamannya,
terutama Inggeris. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sistem bilangan dalam
bahasa Melayu bukan sahaja semuanya berasaskan perpuluhan, tetapi juga dicipta
lebih awal daripada sistem bilangan dalam bahasa Inggeris, bahkan adalah antara
yang tertua di dunia. Hal ini bertentangan dengan kepercayaan dunia yang selama
ini menganggap sistem bilangan perpuluhan ciptaan tamadun Hindu, Islam atau
Khmer lama.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 143 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|