View Article |
Metafora kritikan dalam mitos peminangan Puteri Gunung Ledang: analisis pragmatik
Maizura Osman1, Nor Hashimah Jalaluddin2.
Artikel ini memberikan fokus pada metafora kritikan yang disampaikan oleh
pengarang tradisional terhadap sikap kepimpinan raja yang disampaikan melalui mitos
Puteri Gunung Ledang (PGL). Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan
pragmatik, iaitu konsep ad hoc dalam teori relevans dan dikukuhkan dengan
pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS), manakala data yang digunakan diambil
daripada teks Sulalatus Salatin (1997). Dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos
PGL dicipta untuk menyampaikan kritikan rakyat terhadap sikap golongan raja pada
zaman tersebut. Makna sebenar metafora kritikan hanya dapat diinterpretasi melalui
analisis pragmatik yang berpada. Hasil kajian juga menemukan alasan sebab kritikan
tersebut tidak disampaikan secara langsung. Melalui kajian bersifat teoretis yang
dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional merupakan intelek yang mampu
menitipkan mesej penting secara kiasan melalui mitos yang dijalinkan bersama-sama
sejarah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 162 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|