View Article |
Pemikiran Puteri Sa’dung dalam Hikayat Seri Kelantan
Nor Huda Ahmad Razali1, Norazimah Zakaria2.
Artikel ini melihat pemikiran wanita Melayu menerusi tokoh Puteri Sa’dung dalam
teks historiografi Hikayat Seri Kelantan (HSK). Aspek pemikirannya dianalisis
menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), iaitu teori yang
diketengahkan oleh Yusof Hasan. Paparan aspek pemikirannya jelas memperlihatkan
pemikiran masyarakat Melayu tradisi, khususnya golongan wanita yang menggalas
peranan sebagai pemerintah sesebuah kerajaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa
pemikiran bersepadu, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran
kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan hadir dalam karya ini, sekali gus menjelaskan
wujudnya aspek pemikiran tokoh yang dikaji. Keempat-empat pemikiran tersebut
memperlihatkan keistimewaan tokoh dari segi hubungan dengan Allah dan sesama
manusia, serta kemahirannya menyelesaikan masalah. Teori SBP4K merupakan suatu
pendekatan yang didapati sesuai untuk diaplikasikan terhadap teks tradisional.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 159 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|