View Article |
Pantun kanak-kanak dari perspektif Semiotik Riffaterre
Aida Qamariah Ishak1, Salinah Ja’afar2, Ahmad Ramizu Abdullah3.
Artikel ini menganalisis 20 kosa kata klasik dan 20 kosa kata moden menggunakan
kaedah analisis konsep dan analisis makna berdasarkan 15 rangkap pantun kanakkanak
daripada Koleksi Pantun Kanak-kanak (KPKK) karya Mohamad Nazel Hisham.
Teori semiotik Riffaterre dilihat sesuai untuk menganalisis PKK berdasarkan
empat aspek pemaknaan, iaitu melihat pantun sebagai ekspresi tidak langsung;
mengaplikasikan konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik, serta hipogram.
Hasil kajian mendapati pantun kanak-kanak mengandungi ekspresi puisi secara
tidak langsung, struktur dan bentuk leksikal dan ayat dapat dilihat berdasarkan
pembacaan heuristik, manakala mesej dan makna sebenar yang hendak disampaikan
dapat dikesan menerusi pembacaan hermeneutik. Pengaplikasian aspek matriks
(MAT), model (MOD) dan varian (VAR), serta penerapan unsur hipogram turut
menjadikan proses pemaknaan pantun menjadi lebih lengkap. Penerapan keempatempat
aspek pemaknaan ini ternyata berjaya memberikan kefahaman kepada
kanak-kanak untuk mentafsir makna tersurat dan mengurangkan kesukaran kanakkanak
untuk memahami mesej yang hendak disampaikan, sekali gus meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu yang betul.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 214 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|