View Article |
Susur galur amalan berhutang dalam kalangan masyarakat Melayu
Nor Asmat Ismail1, Hainnur Aqma Rahim2.
Artikel ini menghuraikan gelagat dan punca masyarakat Melayu suka berhutang
yang diamalkan sejak zaman sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan hingga
kini. Kajian yang dijalankan bersifat kualitatif, dan huraian dibuat berdasarkan kajian
kepustakaan dengan meneliti kajian lepas, catatan sejarah dan Laporan Tahunan Bank
Negara Malaysia 2015. Hasil penelitian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
pada masa dahulu berhutang bukan hanya untuk memenuhi keperluan hidup bagi
golongan miskin, tetapi juga untuk bermewah-mewah bagi golongan berada yang
bertujuan meningkatkan status sosial mereka. Amalan berhutang masyarakat dahulu
memberikan kesan buruk kepada generasi kini kerana ribuan hektar tanah orang
Melayu tergadai kepada golongan Chettiar, ekoran kegagalan membayar balik hutang
kerana kadar bunganya yang tinggi dan menindas penghutang. Amalan berhutang
yang bukan bertujuan memenuhi keperluan hidup masih lagi diamalkan hingga kini.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 186 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|