View Article |
Program transformasi OKU melalui edu-tourism: satu tinjauan terhadap kompetensi keusahawanan orang kelainan upaya (OKU)
Syahrina Abdullah1, Armanurah Mohamad2, Lily Julienti Abu Bakar3.
Kajian ini memfokuskan kepada transformasi ilmu keusahawanan dari aspek kompetensi diri
dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai Program Transformasi OKU
melalui Edu-Tourism. Peluang mendapat ilmu keusahawanan dari aspek kompetensi diri akan
memberi motivasi diri kepada golongan OKU untuk turut serta menterjemahkan agenda
pembangunan negara dalam bidang keusahawanan. Program ini melibatkan pemindahan ilmu
dari pihak akademik kepada pihak industri, seterusnya pihak industri akan memindahkan ilmu
ini semula kepada pihak peserta iaitu dalam kalangan warga OKU yang terpilih menyertai
program ini. Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism ini merupakan program
kerjasama antara pihak UUM dan Yayasan EMKAY serta Yayasan Pulau Banding. Seramai 10
orang peserta OKU menyertai program ’pioneer’ ini. Objektif utama kertas kerja ini adalah
untuk meninjau tahap kompetensi diri keusahawanan dalam kalangan peserta OKU selepas
mengikuti program ini. Kajian ini mendapati skor min keseluruhan kompetensi keusahawanan
dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada tahap sederhana rendah (skor min
2.10) kepada tahap sederhana tinggi (skor min 3.20) selepas mereka mengikuti Program
Transformasi OKU dalam Edu-Tourism.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 154 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|