Penglibatan belia dalam pengurusan tertinggi koperasi
Abdul Rahman Abdul Razak Shaik1, Aishah Ariffin2, Shamsul Khairi Abu Hassan3, Rosidah Rashid4, Mohd Fitri Ab Rahman5, Mohamad Haniff Mohamad Hashim6, Nazirah Baharudin7.
Belia merupakan pelapis masa hadapan yang disifatkan sebagai aset negara yang mempunyai
semangat tinggi serta penentu kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan belia
dalam pengurusan tertinggi koperasi dan isu-isu serta cabaran yang mereka hadapi. Kajian
ini melibatkan 300 responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 18 hingga 40
tahun yang merupakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau kakitangan yang terlibat dalam
pengurusan tertinggi koperasi di semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah analisis yang digunakan adalah
deskriptif, kolerasi dan regrasi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan
belia dalam jawatan utama (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) koperasi adalah rendah.
Minat merupakan faktor utama mendorong belia menyertai koperasi. Manakala, kepimpinan
merupakan faktor paling mempengaruhi penglibatan belia dalam pengurusan tertinggi
koperasi. Antara isu utama dalam pengurusan tertinggi koperasi yang dihadapi belia ialah
kerjasama, perancangan aktiviti dan pengetahuan tentang koperasi. Manakala, kekangan masa
dan keyakinan masyarakat pula, menjadi cabaran utama dalam pengurusan tertinggi koperasi.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 169 time(s))