Model sistem pengukuran prestasi kontemporari koperasi-koperasi terbaik Malaysia
Sharul Effendy Janudin1, Hartini Jaafar2, Zuriadah Ismail3, Mohd Shahron Anuar Said4.
Sistem pengukuran prestasi merupakan alat pengurusan yang efektif untuk mengurus pencapaian
objektif dan matlamat strategik koperasi. Kajian ini dijalankan untuk membina model sistem
pengukuran prestasi kontemporari koperasi-koperasi terbaik Malaysia. Sampel kajian ini
terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli lembaga dan pengurusan koperasi 100
terbaik tahun 2016. 328 maklumbalas yang diterima telah dianalisis dengan menggunakan
pendekatan persamaan pemodelan berstruktur (structural equation modelling). Dapatan kajian
membuktikan sistem pengukuran prestasi yang diamalkan oleh pihak pengurusan koperasi
adalah bersifat kontemporari. Tiga komponen utama sistem pengukuran prestasi kontemporari
iaitu strategik, komprehensif dan dinamik didapati padan dengan model yang dibangunkan.
Model sistem pengukuran prestasi yang dibangunkan ini boleh dijadikan panduan penggerak
koperasi untuk memastikan aktiviti yang dijalankan sentiasa selari dengan objektif jangka
panjang dan memenuhi inspirasi Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 - 2020.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 158 time(s))