View Article |
Kefahaman mahasiswa Muslim Lembah Klang tentang konsep hak kebebasan beragama di Malaysia
Kamal Azmi Abd Rahman1, Norsaleha Mohd Salleh2, Nazneen Ismail3.
Konsep hak kebebasan beragama yang difahami berdasarkan kepada prinsip Islam
dan Perlembagaan Negara tidak bersifat mutlak dan terbatas. Rentetan itu,
terbentuknya beberapa kumpulan Non-Governmental Organization (NGO) baru
seperti IFC (Islam Interfaith Commision) atau nama sebenarnya IRC (Inter Religious
Centre), Kumpulan Artikel 11 dan COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the
UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia yang menuntut
agar hak kebebasan beragama difahami secara terbuka sepertimana yang termaktub
di dalam Universal Declaration of Human Rights (UDHR), 1948. Antara isu yang
seringkali dikaitkan dengan hak kebebasan beragama di Malaysia ialah isu murtad
atau menukar agama. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
tahap kefahaman mahasiswa Muslim di Lembah Klang tentang konsep hak kebebasan
beragama di Malaysia. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan tinjauan yang akan
menggunakan set soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Sampel
seramai 404 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah
persampelan bertujuan (purposive sampling) dalam kalangan mahasiswa Muslim
yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di
sekitar Lembah Klang. Kajian mendapati tahap kefahaman mahasiswa Muslim di
Lembah Klang tentang konsep hak kebebasan beragama adalah tinggi dengan skor
min 4.32 (sp = 0.82). Dapatan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat isu
tentang hak kebebasan beragama serta pelbagai tuntutan yang telah dibuat oleh
beberapa NGO yang mempromosikan konsep hak kebebasan yang baru dan terbuka,
mahasiswa Muslim masih lagi mengekalkan konsep kefahaman hak kebebasan
beragama yang menepati Perlembagaan Negara dan prinsip Islam
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 226 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|