Kajian awal terhadap cinta ilmu dan keperibadian ummah cemerlang dalam kalangan mahasiswa Muslim
Nazneen Ismail1, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin2, Nurzatil Ismah Aziza3.
Institusi pengajian tinggi perlu bersedia untuk melahirkan graduan yang boleh
berhadapan dengan cabaran revolusi industri dengan membuat perubahan terhadap
kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan ciri revolusi
industri yang menggunakan teknologi secara maksima dan mengurangkan tenaga
manusia, ia mempunyai kesan positif dan negatif. Oleh itu, dunia hari ini memerlukan
modal insan yang berupaya mencorakkan revolusi ini agar lebih bermanfaat. Hasrat
ini dapat dicapai dengan adanya peribadi yang cintakan ilmu dan mempunyai
keperibadian ummah cemerlang. Kajian rintis ini lakukan bagi tujuan mengesahkan
dan memeriksa kebolehpercayaan instrumen kajian yang digunakan bagi menilai
tahap cinta ilmu serta hubungannya dengan keperibadian ummah cemerlang. Soal
selidik ini terdiri daripada 60 item dan diedarkan kepada 73 mahasiswa Muslim di
dua buah institusi pengajian tinggi. Dapatan menunjukkan instrumen kajian cinta
ilmu memiliki nilai kebolehpercayaan yang tinggi bagi konstruk cinta ilmu dan
keperibadian ummah cemerlang. Maka instrumen kajian ini adalah sah dan boleh
dipercayai untuk digunakan dalam kajian yang akan datang. Kajian ini membuktikan
keilmuan perlu digandingkan dengan keperibadian ummah cemerlang kerana ia
mampu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran hasil daripada
keimanan yang utuh dalam diri. Hasilnya, modal insan yang mempunyai keyakinan
diri, seimbang dan cerdas terhasil sesuai dengan keperluan masyarakat masa
hadapan.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 201 time(s))