View Article |
Kajian terhadap kriteria rekabentuk blok saling kunci dengan pendekatan perindustrian, fleksibel dan nyah-pasang
Mohd Azizuddin Tarja1, Maslina Jamil2, Muhammad Fauzi Mohd Zain3.
Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimum di
mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktur bangunan yang
lengkap di tapak bina. Komponen dinding adalah salah satu elemen utama bangunan yang menggunakan IBS. Kekurangan
rekabentuk terbaik yang mampu memenuhi kehendak binaan di tapak menyebabkan pembaziran. Pengeluaran IBS belum
mampu memenuhi permintaan pasaran pembinaan yang meningkat saban tahun. Justeru kerajaan sangat menggalakkan
pembangunan dan pengeluaran produk IBS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan binaan komponen
dinding dalam pembinaan IBS seterusnya menganalisis data bagi mendapatkan rekabentuk terbaik yang memenuhi konsep
pemasangan dinding IFD (Industrial, Flexible and Demountable). Metodologi kajian yang dijalankan adalah pengumpulan
maklumat melalui kajian soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dalam industri IBS. Berdasarkan
analisa data, keputusan yang telah diperolehi mendapati bahawa responden lebih cenderung memilih saiz koordinasi panel
600mm x 300mm x 150mm dengan menggunakan konkrit ringan sebagai bahan pilihan. Kajian rekabentuk inovasi IBS melalui
pendekatan IFD adalah penting dalam membawa satu era baru dalam peningkatan teknologi binaan di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 119 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|