View Article |
Integrasi kaedah geospatial dan pemodelan hidrodinamik untuk mengkaji impak kenaikan aras laut terhadap kawasan pantai
Fazly Amri Mohd1, Khairul Nizam Abdul Maulud2, Othman A. Karim3, Muhammad Afiq Ibrahim4, Yannie Anak Benson5, Ahmad Khairi Abd. Wahab6.
Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sangat terdedah dan sensitif kepada pelbagai ancaman terutamanya
hakisan dan limpahan yang boleh menyebabkan impak negatif kepada kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan
ekosistem. Kawasan pesisir pantai di Batu Pahat, Johor sangat terdedah kepada masalah banjir akibat fenomena air pasang
dan sebahagian kawasan pantai lain dikategorikan sebagai kawasan hakisan pantai kritikal. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti impak kenaikan aras laut terhadap komuniti pesisir pantai di Batu Pahat. Dengan menggunakan perisian
ArcGIS dan MIKE21, kawasan banjir yang berlaku terhadap penempatan komuniti di pesisir pantai Batu Pahat dapat dikenal
pasti dan meramalkan impak masa hadapan. Melalui hasil kajian, kawasan pantai di Batu Pahat mengalami kejadian
hakisan pantai yang aktif dan jumlah kadar kehilangan tanah di kawasan tersebut sebanyak 415.7 hektar berbanding
dengan kadar pemendapan yang hanya mendapat kira-kira 68.52 hektar. Hasil peta-peta risiko inundasi bagi kenaikan
aras laut menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 1145 populasi daripada jumlah penduduk seramai 28420 orang akan
menerima impak kesan dari kenaikan aras laut pada tahun 2013, 2020 dan 2040. Selain itu, daripada 33 batang jalan
raya di kawasan kajian, hanya 1 kawasan akan menghadapi kesan kenaikan aras laut pada tahun 2020 dan 2040. Justeru
itu, peta risiko inundasi yang disediakan bagi pantai Batu Pahat amatlah berguna untuk mencegah hakisan pantai dan
mengurangkan bencana masa depan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 129 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|