View Article |
Analisis ramalan pelemahan hujan Semenanjung Malaysia menggunakan peta rekaan berkontur
Farah Aniza Nazri1, Nurul Syahira Mohamad Zamani2, Mandeep Jit Singh3.
Hujan melemahkan isyarat gelombang mikro melalui proses penyerapan dan penyelerakan menyebabkan penerimaan isyarat
mengalami gangguan pada sistem satelit yang beroperasi melebihi frequensi 10 GHz. Fenomena ini menyebabkan berlakunya
pelemah hujan. Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim tropika dan mengalami kadar hujan turun yang tinggi
dan ini menyebabkan ia menerima gangguan yang tinggi. Sumber data taburan hujan yang digunakan dalam kajian ini
adalah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menggunakan kaedah tolok hujan Tipping Bucket dengan
saiz tolok hujan berdiameter 0.25 mm per tip bagi menyukat titisan hujan turun. Data taburan hujan hujan berintegrasi 1
minit digunakan untuk pengiraan kadar hujan turun. Model ramalan pelemahan hujan ITU-R dipilih mengikut kesesuaian
iklim dan kadar hujan turun sepanjang tahun serta diterima secara meluas dalam kajian sistem komunikasi satelit pada
kawasan beriklim tropika. Nilai pelemahan hujan di Semenanjung Malaysia pada peratusan 0.01% adalah di antara 40-
51dB dan diillustrasikan melalui peta berkontur. Hasil ramalan pelemah hujan dalam kajian ini dapat digunakan sebagai
rujukan kepada para penyelidik untuk lanjutan kajian dalam memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penghantaran
dan penerimaan isyarat radio pada sistem satelit yang beroperasi lebih 10 GHz di kawasan beriklim tropika dan kadar
hujan yang tinggi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 114 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|