View Article |
Sistem dapatan semula imej untuk aplikasi perubatan
Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad1, Wan Mimi Diyana Wan Zaki2, Aini Hussain3, Ling, Chei Siong4, Wong, Erica Yee Hing5.
Dapatan semula imej (DSI) adalah sistem pencarian imej yang menggunakan ciri-ciri tertentu atau konteks khusus dalam
sesuatu imej. Dalam bidang perubatan, sistem DSI digunakan untuk menyediakan imej yang diperlukan secara tepat dan
pantas kepada pakar perubatan. Proses itu biasanya berlaku pada dan ketika diagnosis dan rawatan penyakit dilakukan.
Sistem dapatan semula yang awal dan masih digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan adalah sistem DSI
berdasarkan teks (TBIRS). TBIRS menggunakan kata kunci dalam konteks sesuatu imej dan ia memerlukan anotasi teks secara
manual. Proses anotasi teks adalah tugas yang memerihkan lebih-lebih lagi jika melibatkan pangkalan data yang besar. Ini
memungkinkan kebarangkalian berlakunya kesilapan manusia adalah tinggi. Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan,
sistem DSI berdasarkan kandungan (CBIRS) dengan pengindeksan automatik adalah dicadangkan. Kaedah ini melibatkan
pemprosesan imej perubatan berdasarkan komputer yang menggunakan fitur visual imej seperti warna, bentuk dan tesktur.
Namun begitu, umum mengetahui bahawa suatu algoritma tertentu dalam CBIRS adalah khusus untuk satu modaliti sahaja
dan melibatkan bahagian yang tertentu. Ini ditambahkan pula bahawa CBIRS telah mengabaikan persepsi manusia dalam
tugas menakrif sesuatu imej dan akibatnya, menyebabkan wujudnya masalah jurang semantik. Oleh itu, sistem DSI hibrid
(HBIRS) yang menggabungkan kekuatan kedua-dua TBIRS dan CBIRS telah diperkenalkan bagi menangani masalah jurang
semantik khususnya dan sekaligus memantapkan sistem DSI amnya. Satu kerangka sistem DSI yang cekap iaitu HBIRS juga
telah dicadangkan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan TBIRS dan CBIRS bagi aplikasi perubatan, dan prototaip
TBIRS yang dikaji menggunakan imej X-Ray turut dicadangkan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 130 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|