View Article |
Aplikasi keluli tahan karat sebagai elektrod logam di dalam sistem bioelektrokimia
Raba’atun Adawiyah Shamsuddin1, Mimi Hani Abu Bakar2, Rozan Mohamad Yunus3, Wan Ramli Wan Daud4, Jamaliah Md. Jahim5, Wan Syaidatul Aqma6.
Kertas kerja ini meninjau akan penggunaan dan prestasi terkini beberapa jenis logam sebagai elektrod dalam pembangunan
sistem bioelektrokimia (BES) termasuk sel bahan api mikrob (MFC) dan sel elektrolisis mikrob (MEC). Elektrod konvensional
yang berasaskan karbon biasanya digunakan sebagai anod atau katod disebabkan struktur bahan berliang dan paling sesuai
untuk pertumbuhan bakteria aktif elektrokimia (EAB). Walau bagaimanapun, perkembangan baru menunjukkan penggunaan
elektrod logam mampu menghasilkan ketumpatan arus yang lebih tinggi dan kuasa maksimum daripada karbon, kerana
sifat-sifat logam seperti kekonduksian yang tinggi dan kekuatan mekanikal, anti-karat serta kestabilan struktur kimia.
Strategi pengubahsuaian permukaan logam menggalakkan perlekatan EAB serta meningkatkan tahap biokompatibiliti atau
pemindahan elektron di antara sel bakteria dan elektrod. Di samping itu, kos efektif serta mudah beroperasi untuk jangka
masa panjang merupakan faktor penyumbang kepada penggunaan elektrod logam. Dari kajian yang dijalankan sehingga
kini, keluli tahan karat merupakan logam yang sering digunakan dalam pembangunan BES.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 110 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|