View Article |
Elektrolit dwi lapisan bagi sel fuel oksida pepejal bersuhu sederhana-rendah: ulasan kajian
Nurul Akidah Baharuddin1, Andanastuti Muchtar2, Dedikarni Panuh3.
Sel fuel merupakan peranti penukar tenaga yang menghasilkan tenaga elektrik daripada tindak balas elektrokimia antara
hidrogen dengan oksigen. Sel fuel oksida pejal (SFOP) pula merupakan salah satu jenis sel fuel yang menggunakan pepejal
elektrolit berasaskan bahan seramik. Berikutan penggunaan seramik, SFOP kebiasaannya beroperasi pada suhu tinggi
mencecah 1000°C. Suhu operasi yang tinggi menjadikan SFOP dikenali sebagai sel fuel yang mempunyai kebolehan menukar
tenaga yang efisien di samping mempunyai kefleksibelan fuel yang baik. Namun, di sebalik kelebihan tersebut, pengaplikasian
SFOP dikekang oleh suhu operasi yang terlampau tinggi. Selain itu, suhu yang tinggi turut menyumbang kepada masalah
ketahanan dan degradasi sel dalam tempoh operasi yang panjang. Elektrolit daripada bahan zirkonia terstabil yttria (yttria
stabilized zirconia, YSZ) dikenal pasti sebagai bahan elektrolit lazim bagi SFOP bersuhu tinggi. Akan tetapi, elektrolit YSZ
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila suhu operasi SFOP diturunkan ke zon sederhana-rendah iaitu di bawah suhu
800°C. Penyelidikan berkaitan pembangunan bahan baru bagi komponen-komponen SFOP adalah amat diperlukan; dan
penghasilan bahan baharu bagi elektrolit merupakan salah satu cabang utama kajian penyelidikan berkaitan SFOP bersuhu
sederhana-rendah. Selain penghasilan bahan baru, terdapat pendekatan lain dalam meningkatkan kekonduksian ionik SFOP
bersuhu sederhana-rendah iaitu melalui penghasilan elektrolit dwi lapisan. Oleh itu, ulasan kajian ini akan menumpukan
perbincangan kepada potensi elektrolit dwi lapisan bagi SFOP bersuhu sederhana-rendah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universitas Islam Riau, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 129 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|